Hakikat Tajalli
Tajalli Zat dan
Sifat adalah didalam anda dan dibayangkan didalam cermin fikiran anda, tetapi
anda mengotorkan cermin itu dengan kemanusiaan dan perangai anda dan menjadi
BUTA dan tidak nampak Tajalli itu.
Tiap tiap jahat (
dosa ) adalah daripada ADOM ( kosong ) yaitu ghayr wujud. Kejahatan tidak
wujud. Kejahatan timbul kerana perbandingan Asma Asma yang bertentangan.
ZAT MUTLAK itu
adalah orang itu sendiri. Selagi bayangan wujud ini menjadi , objek dalam ilmu
anda, maka objeklah yang anda sembah bukanya HAQ. Hak tersembunyi didalam Qalib
( Badan ).
Oleh itu perhatikan
Yang Benar disamping badan anda dalam pandangan. Apabila Aku anda keluar, Aku
DIA masuk dan menunjukkan KeindahanNya pada anda.
Dosa ialah PERINTAH
dari HAQ, atas HAQ untuk HAQ.
Surah Al-Fath : 10
Tangan allah atas
tangan tangan mereka.
Al-Fath : 02
Allah telah mengampuni engkau wahai nabi,
semua dosa dosa engkau yang dahulu dan dosa dosa engkau yang akan datang.
Ibnu Arabi berkata :-
Orang Arif ialah
orang yang bukan sahaja melihat Allah dalam segala-galanya tetapi juga melihat
Allah sebagai HAKIKAT SEGALANYA.
Al-Maidah : 01
Allah melakukan apa
yang dikehendakkiNya..
Demikianlah
pemikiran tentang Haq yang dizahirkan. DIA memakai perkara baik, perkara –
pahala, perkara jahat – dosa. Keampunan dan KemurkaanNya tidak ada siapa yang
dapat mengganggunya.
SYIRIK timbul dari
Khatrat banyak. Zat yang satu itu memakai pel bagai pakaian. Oleh itu melihat
YANG SATU sebagai YANG BANYAK adalah SYIRIK. Sembahyang, puasa, khalwat dan tasbih adalah untuk
memerhatikan Haq didalam diri.
o Ombak adalah bentuk bentuk dalam khayalan, hakikatnya adalah air
o Anggaplah wujud anda sebagai WUJUD ALLAH. Perbuatan dan sifat anda
sebagai Af’al dan Sifat Allah. Hilangkan diri anda dan cari semula dan bila
berjumpa Hakikat Haq adalah hakikat anda.
NamaNya Yang Batin
menunjukkan Yang Ghaib dan namaNya Yang Zahir menunjukkan Yang Nyata :-
Peringkat Batin = Ahdiyyat / Uluhiyyat /
Rububiyyat ( Ghaib ) Syahadah ( Ruh )
Peringkat Zahir = Arwah / Amthal / Ajsam (
Ruh ) Mithal ( Ajsam )
Surah Al-Hadid : 04
Dia jadikan langit
dan bumi dalam 6 hari dan kemudian mengambil kedudukan di Arasy.
Nabi Nabi tidak
ditugaskan untuk MEMBUKA RAHSIA RAHSIA ini. Mereka terpaksa menjalankan Syariat
membiarkan Hakikat itu tersembunyi
Hadith :-
Aku AHMAD tanpa MIM
( Aku adalah
terhad, hakikatku ialah HAQ )
Aulia membuka
Rahsia yang ditinggalkan oleh Nabi Nabi itu.
Wali Wali Allah
ialah jurucakap Nabi Nabi. Mereka menyatakan batin percakapan Nabi Nabi.
SYIRIK sebenarnya
TIDAK WUJUD kerana syirik meksudnya bersekutu dengan yang lain sedangkan yang
lain itu tidak wujud. Rupa tidak mempunyai wujud sendiri. Ia hanya idea tentang
hakikat.
Surah Israel : 81
Yang benar ( haq )
telah datang dan hapuslah yang palsu ( batil ). Sesungguhnya yang batil itu pasti
hapus.
Jika anda anggap
diri anda sebagai lain dari Allah dan Allah lain dari anda, anda telah
meletakkan ASAS SYIRIK.
Tajalli menurut Sufi
Ahli tasawuf berkata bahwa tasawuf tidak lain adalah
menjalani takhalli, tahalli, dan tajalli. Jalan yang ditempuh oleh para Sufi
adalah jalan takhalli, tahalli, dan tajalli. Mengosongkan jiwa dari sifat
buruk, menghiasi jiwa dengan sifat yang baik dengan tujuan untuk menyaksikan
dengan penglihatan hati bahwa sesungguhnya tuhan itu tidak ada, hanya Allah SWT
yang Ada, “Tidak ada tuhan (lâ ilâha) selain (illâ) Allah SWT dan Muhammad bin
Abdullah adalah hamba, utusan, dan kekasih-Nya.
kelompok 2
Tidak ada komentar:
Posting Komentar